Isnin, 14 Februari 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H

Hari ini tanggal 12 Rabiul Awal 1432H bersamaan 15 Feb 2011...

Ingatkah anda hari kelahiran nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.???


SEJARAH

Maulidur Rasul (kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. yang jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T kepada umat Islam di dunia ini... 

Setiap tahun pada tarikh 12 Rabiul Awal, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan Maulidur Rasul, ceramah, Maulud Nabi dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T.  terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan akan mendapat pahala, sedangkan untuk berbuat kejahatan dengan berniat tidak dikira dosa kecuali setelah dilakukan kejahatan itu...Itulah keadilan dan kasihnya Allah S.W.T. kepada hamba-Nya.

Justeru itu, sama-samalah kita seluruh umat ISLAM mengingati hari kebesaran Islam ini dengan melakukan kebaikan dan amal soleh dan meninggalkan keburukan...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan