Isnin, 14 Februari 2011

KONFLIK MESIR

AS-SALAM.........


Mengenai konflik yang berlaku di Mesir...!!!!!!!!!!!


Republik Arab Mesir yang dikenali sebagai Mesir merupakan negara yang disanjungi oleh kita sebagai sebuah negara Islam yang Agung dan terkenal dengan peradaban kuno dan beberapa monumen kuno termegah di dunia seperti Piramid Giza, Kuil Karnak dan Lembah Raja dan sebagainya. Dari segi pendidikan, Mesir merupakan negara tempat pendidikan utama mengenai ISLAM...Mesir tersohor dengan pendidikan melalui Universiti Al-Azhar yang merupakan universiti kedua tertua di dunia dan merupakan salah satu pusat utama pendidikan sastera Arab dan pengkajian Islam Sunni di dunia. 


Namun, disebalik namanya yang agung, akhirnya kerajaan Mesir runtuh. Dapat lihat dikaca TV dan surat khabar bagaimana usaha rakyat Mesir berhimpun dan mengadakan rusuhan dengan melakukan kerosakan harta benda dan bertempur dengan anggota keselamatan untuk menunjukkan tanda protes dan ketidakpuasan hati mereka kepada kepimpinan utama negara iaitu presiden Hosni Mubarak. Beliau merupakan Presiden Mesir keempat selama hampir 30 tahun memimpin sejak menjawat jawatan itu pada tahun 1981. Beliau yang berkuasa selama tiga dekad, menghadapi protes yang belum pernah terjadi sebelumnya iaitu bermula pada 26 Jan (Rabu) lalu. Walau “gerakan benci Mubarak” sudah mulai merebak di laman jejaring sosial beberapa bulan sebelum itu, namun rusuhan itu hanya terjadi setelah terinspirasi daripada penggulingan presiden Tunisia.


Rusuhan tercetus steleah timbulnya spekulasi bahawa Hosni Mubarak akan melepaskan jawatannya sebagai  Presiden kepada anaknya untuk mengambil alih. Ketidakpuasan hati rakyat telah membangkitkan kemarahan di kalangan penunjuk perasaan. Mubarak dikatakan seorang Presiden yang angkuh dan mementingkan diri sendiri. Beliau dikatakan telah bersedia melantik dua orang anak lelakinya iaitu Alaa dan Gamal sebagai pengganti pada masa hadapan. Beliau juga seorang yang dikatakan tali barut Israel dan merupakan salah seorang pemimpin yang tidak menyokong Amerika Syarikat keluar daripada Iraq. Tersebar juga berita mengenai kes rasuah yang melibatkan beliau dan dua orang anaknya membabitkan perolehan tender kerajaan dan syarikat swasta.


Pada 12 Feb dikhabarkan bahawa Hosni Mubarak telah meletak jawatannya sebagai presiden yang diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen.. Semoga dengan perletakan ini, diharapkan negara berkenaan akan pulih seperti sedia kala dan diharapkan juga Mesir akan dipimpin oleh Presiden yang adil dan dapat membentuk negara Mesir yang lebih agung seagung namanya sebagai negara ISLAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan