Rabu, 16 Februari 2011

BERSENGKANG MATA DEMI MASA DEPAN......!!!!!

Assalamualaikum semua....
          
             Sekarang jam tepat menunjukkan pukul 2.30 am....tapi tangan saya masih lagi bergerak dan menekan huruf pada keyboard Acer ni....nak buat macam mana, sebagai seorang student n bakal guru (Insyaallah), saya perlu menyiapkan report PSM (Projek Sarjana Muda) dan juga kerja-kerja yang telah diamanatkan oleh lecturer...Mata dah mula sayup n xlarat nak buat n otak pun dah blur....Tapi perjuangan mesti diteruskan demi masa depan saya dengan cita-cita untuk menjadi seorang pemimpin negara yang bergelar guru....

              Nasib baik lah ada Ali Cafe ni...dapat gak bantu celik kan balik mata yang sayup ni...otak pun dah mula lega...malam ni nampaknya terpaksa lah xtido plak sbb dalam msa sejam setengah lagi akan bermulanya sepak mula Liga Juara Juara suku akhir pertama antara ARSENAL Vs BARCELONA.....inilah saat yang dinantikan2kan oleh peminat bola di seluruh dunia yang mana kelab gergasi Sepanyol menentang kelab gergasi Enggeris...Jom saper yang nak join sya leh lah sama2 kuar lepak kat kedai Mamak kat Parit Raja, Batu Pahat ni...Harap my favourite team Barcelona akan menunjukkan taring mereka pada malam ini.....!!!!!

Ok lah, sya xleh tulis panjang2 sgt nati xsiap plak kerja yang kena buat ni...k selamat malam kepada semua n pastikan tido anda diiringi mimpi yang indah...G.Niteeeeeee....!!!!!
Wassalam...

Isnin, 14 Februari 2011

KONFLIK MESIR

AS-SALAM.........


Mengenai konflik yang berlaku di Mesir...!!!!!!!!!!!


Republik Arab Mesir yang dikenali sebagai Mesir merupakan negara yang disanjungi oleh kita sebagai sebuah negara Islam yang Agung dan terkenal dengan peradaban kuno dan beberapa monumen kuno termegah di dunia seperti Piramid Giza, Kuil Karnak dan Lembah Raja dan sebagainya. Dari segi pendidikan, Mesir merupakan negara tempat pendidikan utama mengenai ISLAM...Mesir tersohor dengan pendidikan melalui Universiti Al-Azhar yang merupakan universiti kedua tertua di dunia dan merupakan salah satu pusat utama pendidikan sastera Arab dan pengkajian Islam Sunni di dunia. 


Namun, disebalik namanya yang agung, akhirnya kerajaan Mesir runtuh. Dapat lihat dikaca TV dan surat khabar bagaimana usaha rakyat Mesir berhimpun dan mengadakan rusuhan dengan melakukan kerosakan harta benda dan bertempur dengan anggota keselamatan untuk menunjukkan tanda protes dan ketidakpuasan hati mereka kepada kepimpinan utama negara iaitu presiden Hosni Mubarak. Beliau merupakan Presiden Mesir keempat selama hampir 30 tahun memimpin sejak menjawat jawatan itu pada tahun 1981. Beliau yang berkuasa selama tiga dekad, menghadapi protes yang belum pernah terjadi sebelumnya iaitu bermula pada 26 Jan (Rabu) lalu. Walau “gerakan benci Mubarak” sudah mulai merebak di laman jejaring sosial beberapa bulan sebelum itu, namun rusuhan itu hanya terjadi setelah terinspirasi daripada penggulingan presiden Tunisia.


Rusuhan tercetus steleah timbulnya spekulasi bahawa Hosni Mubarak akan melepaskan jawatannya sebagai  Presiden kepada anaknya untuk mengambil alih. Ketidakpuasan hati rakyat telah membangkitkan kemarahan di kalangan penunjuk perasaan. Mubarak dikatakan seorang Presiden yang angkuh dan mementingkan diri sendiri. Beliau dikatakan telah bersedia melantik dua orang anak lelakinya iaitu Alaa dan Gamal sebagai pengganti pada masa hadapan. Beliau juga seorang yang dikatakan tali barut Israel dan merupakan salah seorang pemimpin yang tidak menyokong Amerika Syarikat keluar daripada Iraq. Tersebar juga berita mengenai kes rasuah yang melibatkan beliau dan dua orang anaknya membabitkan perolehan tender kerajaan dan syarikat swasta.


Pada 12 Feb dikhabarkan bahawa Hosni Mubarak telah meletak jawatannya sebagai presiden yang diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen.. Semoga dengan perletakan ini, diharapkan negara berkenaan akan pulih seperti sedia kala dan diharapkan juga Mesir akan dipimpin oleh Presiden yang adil dan dapat membentuk negara Mesir yang lebih agung seagung namanya sebagai negara ISLAM.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H

Hari ini tanggal 12 Rabiul Awal 1432H bersamaan 15 Feb 2011...

Ingatkah anda hari kelahiran nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.???


SEJARAH

Maulidur Rasul (kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. yang jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T kepada umat Islam di dunia ini... 

Setiap tahun pada tarikh 12 Rabiul Awal, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan Maulidur Rasul, ceramah, Maulud Nabi dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T.  terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan akan mendapat pahala, sedangkan untuk berbuat kejahatan dengan berniat tidak dikira dosa kecuali setelah dilakukan kejahatan itu...Itulah keadilan dan kasihnya Allah S.W.T. kepada hamba-Nya.

Justeru itu, sama-samalah kita seluruh umat ISLAM mengingati hari kebesaran Islam ini dengan melakukan kebaikan dan amal soleh dan meninggalkan keburukan...